Huhhhh…!!! Indahnya..siapa Ummul Masakin tuh??? Mungkinkah yang berlegar-legar di minda antum sume tentang gadis yang cantik rupawan atau sang puteri jelita dari kayangan..?? walau siapapun pemilik gelaran ini, beliau adalah seorang insani yang beragama islam yang kelahirannya ketika di zaman Rasulullah saw.
“Seindah namamu, ummul masakin”..yang memberi makna ibu orang-orang miskin.. adakah antum semua sedang memikirkan disebalik pengorbanan dan perjuangan beliau sepanjang kehidupannya di ardullah ini.. Marilah kita sama-sama meneliti dan menghayati latar belakang beliau..
BIODATA TOKOH :
- Nama sebenar Ummul Masakin ialah Zainab bintu Jahsy
Beliau merupakan sepupu Rasulullah saw -
Telah memeluk agama islam sejak dari awal lagi-
Beliau juga merupakan isteri Rasulullah saw sesudah Saudah -
Ummul Masakin Saidatina Zainab ra merupakan isteri Rasulullah saw yang ke empat selepas Saudah. pada permualaannya zainab ra adalah bekas isteri kepada Zaid bin Harithah yang merupakan seorang hamba yang telah dimerdekakan dan anak angkat kepada Rasulullah saw. Jodoh Zaid dengan zainab tidak berpanjangan, ini kerana sikap zainab yang tidak disenangi zaid pada ketika itu yang suka membanggakan keturunannya dan merendahkan darjat suaminya, lalu zaid tekad menceraikan isterinya. Ikatan pernikahan Rasulullah saw dengan zainab ra telah memberi sinar baru kerana dapat mengahapuskan adat kebiasaan jahiliyyah kaum Quraisy, yang pada ketika itu menyamakan anak angkat dengan anak sendiri dari segi hak keturunan dan warisan. Oleh yang demikian, bapa angkat tidak boleh mengahwini mana-mana janda ataupun isteri yang telah diceraikan oleh anak angkatnya. Pernikahan baginda dengan zainab ra berlangsung pada bulan Zulkaedah tahun yg ke 5 hijrah.
IKATAN ZAINAB RA DENGAN KHALIQNYA, ALLAH SWT :
Semasa cadangan rasulullah saw yang berhasrat hendak meminangnya sebagai isteri baginda, beliau telah bertindak untuk mendahulukan Allah swt dalam setiap urusannya hatta hendak menerima pinangan daripada kalangan insan yang bergelar rasul sekalipun..Zainab mengambil wudhu’ lalu mengerjakan solat sunat agar diberi petunjuk dan tanda-tanda daripada Allah swt. Tindakan mulia zainab ini telah Allah beri rahmat dan keberkatan kepada beliau melalui wahyu yang diturunkan kepada RAsulullah saw :
“.. Maka tatkala Zaid telah mengahiri keperluan terhadap isterinya (menceraikannya) Kami kahwinkan kamu dengan dia supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk mengahwini isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak- anak angkat itu telah menyelesaikan keperluan daripada isterinya. Dan ketetapan Allah itu pasti terjadi..” ( surah al-Ahzab : 37 )
Benarlah wahyu daripada Allah swt itu, sesungguhnya kuasa allah swt mengatasi segala-galanya…..
Saidatina zainab juga merupakan seorang muslimah yang solehah..kerana ibadahnya kepada allah swt serta kuat berusaha mencari nafkah dengan usahanya sendiri untuk memperoleh mardhatillah dan membelanjakan hartanya ke jalan allah swt dengan salah satu usahanya itu ialah dengan bersedekah.
Beliau rajin melakukan ibadah2 sunat yang lain seperti berpuasa..dngan berpuasa juga mampu menahan diri kita dirinya dari perbuatan keji dan maksiat serta memelihara dan menjinakkan hawa nafsunya agar tidak berpaling pada jalan yang satu.. selain itu juga, beliau sering mendirikan solat sunat nafil berulang kali.
BELIAU DAN RASULULLAH SAW :
Dalam sebuah cerita, ada seorang wanita telah meriwayatkan ;
“”.. aku dan Zainab sedang mewarnakan pakaian kami dengan warna kuning tua. Rasulullah saw masuk ke dalam dan sejurus kemudian keluar semula apabila melihat kami sedang sibuk mencelup kain itu. Zainab seperti terasa mungkin Rasulullah saw tidak menyukai dengan warna kain yamg kami celup itu disebabkan warnanya yang menjolok mata. Lantas, beliau pun mencuci kesemua pakaian tersebut sehingga luntur warnanya..”"
Beginilah gambaran akhlak zainab ra sebagai seorang isteri yang solehah yang lebih mengutamakan pandangan suami dan takut seandainya redha allah swt itu terletak pada redha suaminya.. yang pasti, ketaatan beliau pada rasulullah saw sebagai suaminya berlandaskan syariat dalam islam.
HUBUNGAN BELIAU DENGAN AISYAH RA :
Hakikat sebenar sifat wanita yang berkongsi suami atau lebih masyhur jika disebut, bermadu..tidak akan lari daripada sikap ingin bersaing dan ingin mendapat tempat di hati suami.. walaubagaimanapun, Zainab ra memiliki hati yang sangat mulia dan berjiwa suci kerana berlapang dada menghadapi rutin sehariannya bersama isteri-isteri rasulullah saw.. inilah yang dinamakan seputih kasih zainab..
Setiap isteri baginda ada kelebihan nya sendiri dan zainab mempunyai kelebihan yang lain daripda isteri-isteri baginda, di mana setiap isteri rasulullah saw yang lain telah dinikahkan melalui saudara mara mereka, tetapi berbeda dengan beliau pula yang telah dinikahkan oleh rasulullah saw melalui ayat-ayat suci al-quran. Kenyataan ini melahirkan rasa bangga terhadap diri zainab ra. Seperti juga saidatina aisyah ra yang berbangga kerana menjadi isteri yang paling dikasihi oleh rasulullah saw..
Gambarannya di sini telah membuktikan kejujuran dan budi pekerti zainab ra melalui pengakuannya terhadap aisyah ra apabila rasulullah saw bertanya tentang pendapat beliau terhadap madunya; aisyah..berkaitan pertanyaan yang melibatkan maruah dan nama baik aisyah ra..beliau berkata, “aku dapati aisyah seorang yang amat baik”
Adakah saat itu kita mampu menjadi seperti zainab ra yang begitu bersih hatinya walaupun berhadapan dengan saingannya sendiri..kalau kita insan biasa yang hanya berbekalkan iman umat sekarang ni, maasyaallah…!! Segalanya kita serahkan pada Allah swt, semoga pengakhiran hidup kita semua diberkati allah..
HUBUNGAN BELIAU DENGAN MASYARAKAT :
Sejak zaman jahiliyyah, Zainab ra terkenal dengan sifat penyayang, pemurah dan budiman terhadap masyarakat sekeliling terutama kepada orang-orang miskin, dan kerana sikap beliau inilah beliau mendapat gelaran ummul masakin..iaitu ibu orang-orang miskin.
Antara bukti sifat dermawan beliau itu pada ketika rasulullah saw dalam keadaan nazak, lalu isteri-isteri baginda telah bertanya, ” ya rasulullah , siapakah di antara kami yang akan menyusulmu terlebih dahulu??”
Baginda berkata : ” yang paling panjang tangannnya..”
Maka dengan itu, mereka pun terus mengukur tangan-tangan mereka dengan sepotong tongkat. Namun mereka dapati tangan panjang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu ialah mereka yang suka bersedekah. Dengan itu, Zainablah isteri yang akan mula-mula menyusul Rasulullah SAW selepas kewafatan baginda.
Barazah juga ada meriwayatkan :
“”.. Umar ra telah memutuskan untuk membayar wang saguhati (elaun) tahunan kepada para Ummul mukminin dari Baitul mal. Beliau telah menghantar sebanyak 12.000 dirham kepada zainab dengan perantaraanku sebagai bahagiannya. Zainab menganggap bahawa semua bahagiaannya itu adalah untuk mereka semua dan berkata kepadaku, ‘sepatutnya Umar menyuruh salah seorang di kalangan kalian untuk membahagikan wang ini’ Aku berkata ; ‘ ini adalah bahagian tahunan untukmu seorang.’ Kemudian , beliau menyarankan supaya wang itu dicampakkan dipenjuru biliknya dan menutupinya dengan sehelai kain, setelah itu beliau menyebut nama beberapa orang miskin, janda-janda dan sanak saudaranya lalu menyuruhku membahagikan sebahagian daripada wang itu kepada setiap orang dari mereka..”"
Begitulah riwayat yang diceritakan oleh barazah..manusia di dunia ini akan mendapat ujian yang berlainan, dan ada juga yang tidak akan lari daripada ujian Allah dengan ujian kekayaan seperti orang berada, yang kaya dengan harta..antara hikmah allah swt menjadikan 2 golongan iaitu orang miskin dan orang kaya supaya mereka saling memerlukan, di mana golongan kaya akan bersedekah dengan golongan miskin dan golongan yang kuat sedia membantu golongan yang lemah. Seperti dalam sebuah hadith ada menyebut, tidak sempurna iman seseorang muslim itu selagi dia tidak menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.. semoga kita sebagai hambaNya yang banyak meminjam nikmat di dunia ini agar sentiasa bersyukur dan beringat segalanya yang berada di langit dan dibumi bukan milik kita yang kekal, segalanya akan kembali pada yang asal iaitu kepada Khaliq kita Allah swt.
KESIMPULANNYA :
Wahai ukhtie yang dikasihi fillah sekalian.. adakah sukar bagi kita untuk menjejaki akhlak mulia dan pengorbanan yang dimiliki oleh saidatina zainab ra sebagai ikutan kita???. Adakah kerana hari berganti hari dan zaman kian berubah menghalang kita ke arah itu??? Apakah alasan kita??? Kerana kehidupan kian mencabar dan tidak sama ketika di zaman Rasulullah SAW berbanding dengan zaman kita sekarang ini???
Mungkin kita terlepas pandang, ataupun mungkin kita tidak sempat memandangnya atupaun kita buat-buat tak pandang..bahawa ujian yang Allah SWT beri pada kita adalah bonus untuk kita menjadi hambaNya yang lebih terbaik… ketahuilah dan renungilah wahai sahabat-sahabatku segala pengorbanan yang kita curahkan, jangan pandang pada natijahn atau hasil tapi usaha yang kita korbankan, sesungguhnya Allah tidak memandang pada hasil atau natijah hambaNya tetapi usaha kita dan pandangan Allah SWT itu lebih mulia…
Biarlah dunia berubah, tapi jangan iman kita..suburkanlah dan bajailah iman kita dengan amalan-amalan yang allah redhai..siru ‘ala barakatillah