ukhti siber

Just another WordPress.com weblog

Penyakit anak remaja zaman sekarang Julai 1, 2008

Filed under: Isu emasa — ukhtiazhar @ 4:07 pm

Ya Allah terkilan kami baca berita di akhbar hari ini, semalam, tulat, mingu lepas, bulan lepas apa yang hangat di perkatakan dalam akhbar kebanyakannya semua menceritakan tentang kes pembuangan bayi sama ada yang masih hidup atau pun mati serta masalah sosial.Ya Allah apa nak jadi dengan Malaysia sekarang. Negara Islam, tapi masalah akhlak semakin meruncingkan. Mana perginya maruah sebagai Negara Islam.

Masalah pembuangan bayi bukannya satu masalah yang baru, tapi sejak kebelakangan ini masalah ini semakin berleluasa,setiap hari ada sahaja bayi yang tak bersalah menjadi mangsa oleh ibunya yang kebanyakannya masih remaja dan tidak ada perasaan prikemanusian dalam diri. Ini semua kerana mereka malu menanggung perbuatan mereka sendiri. Pelik betul!! masa buat tak pula rasa malu, dah buncit baru rasa malu. Kesian ibubapa penat beri ajaran, tapi ini balasan mereka.

Statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati jumlah kes buang bayi antara tahun 2000 hingga 2006 adalah seramai 580 bayi. Bilangan kes meningkat saban tahun, tahun 2000 sebanyak 65 kes buang bayi dicatatkan dan meningkat kepada 83 kes pada 2006. Daripada 83 kes itu, 79 kes membabitkan pembuangan bayi yang baru lahir dan 4 kes pembuangan janin.

Pelbagai taktik pembuangan bayi yang di lakukan oleh remaja zaman sekarang. Dalam lima bulan pertama tahun ini saban hari kite dengar cite pembuangan dan pelbagai cara pembuangan bayi yang mereka lakukan, yang menyayatkan hati baru-baru ini bayi itu di buang dari atas rumah pangsa. Satu lagi kisah seorang remaja melahirkan anaknya di sekolah dan memasukkan bayi yang baru dilahirkan dalam beg sekolahnya.Astaghfirullah a’zim ape nak jadi remaja zaman sekarang. Musnah terus maruah die sebagai seorang muslimah.

Dalam kemelut ini sekarang, apakah punca sebenar semakin berleluasa masalah sosial ini dan siapakah yang harus di persalahkan???

Siapa pula yang harus di pertanggungjawabkan dalam masalah ini???

Bagaimana pula cara nak mengatasi masalah ini???

Bukan mudah untuk menjawab persoalan ini. Hakikatnya gejala terkutuk ini semakin berleluasa dan tiada kesudahannya. Ini semua berlaku dek keterlanjuran hidup remaja zaman sekarang yang terlampau mengejar keseronokan dan menyebabkan mereka terjebak dalam zina dan kesan dari perbuatan mereka, mereka tidak mahu bertanggungjawab.

Firman Allah S.W.T dalam surah At-Tur ayat 21:

و الذينءامنوا واتبعتهم ذريتهم بإيمٰن ٲلحقنا بهم ذريتهم و ما ٲلتنٰهم من عملهم مّن شىء ۚ
 

 

Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman, beserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka

dalam keimanan, kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka ( di dalam

syurga) dan kami tidak mengurangi sedikit pun pahala amal ( kebajikan ) mereka.

Imam Al-Ghazali berkata: “Anak-anak adalah amanah ibu bapa, jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa.”
Justeru, penting sekali untuk diingatkan kepada ibu bapa di luar sana untuk mendidik anak-anak dengan baik.

Ini bukanlah soal membalas dendam (sekiranya sewaktu kecil dahulu kita tidak dibesarkan dalam keluarga yang sejahtera), namun ini adalah berkaitan dengan soal pilihan. Justeru pilihan ada di tangan kita. Pilihlah yang baik dan sejahtera untuk kehidupan kita dan generasi kita selepas ini.

Melalui firman Allah dan kata Imam Ghazali ini menunjukkan bahawa institusi keluarga sangat penting. Ibubapa merupakan orang yang penting dan dipertanggungjawabkan dalam pembentukan akhlak diri. Anak-anak merupakan kain putih dan ibubapalah yang mencorakkannya sama ada bagus atau buruk corak tersebut.

Kalau difikirkan secara rasional ibubapa mana yang nak institusi kekeluargaannya runtuh. Tapi itulah yang berlaku pada zaman sekarang dek sikap ibubapa yang terlalu memikirkan hal duniawi dan hanya mengejar kesenangan tanpa memikirkan kesannya yang akan mendatang pada diri anak-anak mereka.

Cuba kita lihat sikap ibubapa sekarang terhadap anak-anak mereka, terutamanya anak-anak yang masih gadis remaja. Kita rasa sungguh kesal kerana ada di antara ibubapa yang menggalakkan anak-anak gadis mereka supaya bermake-up dan berfesyen. Mereka berpendapat bahawa dengan berpakaian tersebut, ia semakin tambah menarik kepada setiap orang yang melihat. Dengan cara tersebut, mungkin anak gadis mereka segera dilamar.

Tapi itu semuanya hanya sementara, selepas itu janganlah kamu kesal wahai ibubapa andainya anak-anak perempuan dipersia-siakan atau dibiarkan begitu sahaja lantaran anak perempuan kamu tidak lagi mempunyai keistimewaan seperti di zaman gadis dahulu. Ibarat kata pepatah “habis madu sepah dibuang”.

Siapalah kita untuk menyangkal mengenai kepentingan institusi keluarga itu sendiri.
Manakah suluhan yang lebih baik dari cahaya dan panduan agama itu sendiri? Justeru, rujuklah kembali kepada penyelesaian agama dalam membangunkan sebuah keluarga yang sakinah.

Alangkah indah hidup jika semua memahami agama ini…..
Sabda Nabi Muhammad SAW : barangsiapa yang dikehendaki Allah padanya kebaikan,akan Allah fahamkan kepadanya dalam urusan agama.

Kadang-kadang bukan salah ibubapa. Ibubapa dah bagi cukup didikan, ajaran dan tunjuk ajar. Mereka rasa tak cukup lagi, dihantar anak-anak mereka ke sekolah agama supaya mendapat didikan yang lebih sempurna untuk memantapkan lagi diri anak mereka. Bagi diri remaja yang tidak mengenag budi itu, mereka tidak pula mempraktikkannya dalam kehidupan mereka, maka terjadilah gejala yang tidak sihat ini. Sikap mereka itu sekiranya tidak diubah, maka tiada siapa lagi yang boleh mengubah diri mereka itu.

Firman Allah :

إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ))

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri” (Ar-Ra’d: 11).

Lebih dari segala-galanya, kesedaran individu itu adalah yang paling utama.
Kerajaan menggesa semua pihak khususnya seluruh wanita rakyat Malaysia, tidak kira bangsa dan agama agar sama-sama beringat dan berjaga-jaga.

Sikap masyarakat juga merupakan punca kemelut ini, masyarakat sekarang cepat menghukum sesuatu perkara. Bukannya hendak mendalami masalah remaja tersebut. Maka keadaan itu menyebabkan remaja tersebut menjadi tertekan dan akhir keputusan mereka ambil jalan singkat.

Sebenarnya gejala pembuangan bayi berpunca daripada gaya hidup tidak sihat yang ditunjukkan oleh sekelompok masyarakat kita hari ini. Kita sekarang sedang melalui satu fasa yang genting di mana persoalan moral dan akhlak bukan lagi satu perkara yang utama dalam setiap keputusan mereka.

Cara pemikiran dan gaya hidup orang zaman sekarang yang lebih kepada kebaratan. Mereka rasa itu barulah kehidupan yang sebenar jika tidak mereka rasa ketinggalan zaman. Gaya hidup yang berteraskan liberalisma dan relativisme, itulah yang semakin menular dalam diri masyarakat zaman sekarang.

Prof. Naquib Al-Attas mengungkap secara terperinci bahwa antara Islam dan Barat merupakan permanent confrontation, yang akan berpanjangan. Antara teras pertembungan Islam dan Barat ialah, Islam tidak mengiktiraf materialisme sebagai satu fahaman yang penting, manakala barat adalah yang sebaliknya. Disebabkan itu, zina dan hubungan seks bebas sudah menjadi norma dan budaya mereka.

Itu lah negara barat, seram cerita pasal kehidupan orang Barat ini. Alhamdulilah negara kita Malaysia masih di pelihara oleh Allah walaupun gejala sosial berleluasa, tapi masih lagi ada pihak yang mengambil berat untuk mengatasinya.

Pihak kerajaan dan badan-badan NGO kita juga tidak berdiam diri dalam mencari cara dalam mengatasi masalah pembuangan bayi ini. Contohnya tertubuhnya Jabatan Kebajikan Masyarakat. Di mana bayi-bayi yang tiada penjagaan serta ibu-ibu yang ingin kan perlindungan akibat perbuatan mereka dan insaf akan diberi bantuan.

Antara lain Raudhatus Sakinah (RS) Selangor yang dipengerusi oleh Yusnani Abdul Hamid akan mengadakan Kempen Menjauhi Zina. Menurut Yusnani, kempen tersebut merupakan kesinambungan kempen di peringkat kebangsaan yang diadakan pada tahun lalu.

Sasaran kempen tersebut termasuklah para guru, kaunselor, pelajar sekolah rendah dan menengah serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta para remaja.

“Kami melihat kempen menghindari zina ini sebagai satu usaha yang mendapat perhatian ramai dan sebagai pihak yang bertanggungjawab, kami melihat keperluan untuk meneruskannya adalah sangat penting kerana gejala melibatkan seks di luar nikah amat ketara dalam masyarakat kita hari ini, terutama kalangan remaja,’’ ujar Yusnani.

 

Moga segala usaha dalam menangani masalah kemelut sosial ini dapat atasi masalah ini sikit demi sedikit.

Kami juga remaja, apabila di kenangkan masalah sosial yang melanda rakan-rakan kami ini, sedih rasanya. Moga mereka di beri hidayah oleh Allah, menuju jalan yang di redhoi Allah dan tidak mengulanginya lagi

اللهم ارحمنا بترك المعاصى أبدا ما أبقيتنا٬وارحمنا أن نتكلف ما لا يعتينا٬و ارزقنا حسن النظر فيما يرضيك عنا

 

 

 

” “

Maksudnya: Ya Allah, kasihanilah kami agar kami meninggalkan amalan maksiat

selamanya, selagimana Kau hidupkan dalam kami, kasihanilah kami

daripada beban yang tidak perlu dan kurniakan kami kebaikan yang

Kau redhoi…

AMIN……..

Nukilan: selasih

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.